Salam to All yg may be "tersurf" my blog ni.... semoga semuanya dalam rahmat n redha Allah sentiasa.....
the truth mak andak tak de idea nak sembang apa hari ni, tetiba terfikir untuk bersembang mengenai solat istikharah ni.....
Ramai orang lakukan solat istikharah bila tiba soal mencari jodoh tetapi tidak pada perkara-perkara lain dalam kehidupan seharian kita, tetapi pada mak andak solat ini patut menjadi amalan seharian kita semua. Renungkan dua hadis di bawah ni
Hadis Riwayat Imam Bukhari mahfumnya,
Dari Jabir R.A ia berkata : " Nabi pernah mengajarkan kepada kami istikharah dalam semua urusan kehidupan, kalau kamu menghendaki sesuatu, hendaklah kamu bersembahyang dua rekaat kemudian berdoa:
"Ya Allah, aku memohon pemilihanMu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon di beri kekuatan dengan Kekuatan Mu dan aku minta kemurahanMu yang luas, Sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui, aku tidak mengetahui dan Engkau amat Mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui perkara ini baik bagiku, buat agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, MAKA berikanlah ia kepadaku dan permudahkanlah ia untukku, kemudian berkatkanlah ia kepadaku. Sebaliknya jika Engkau mengetahui perkara ini tidak baik bagiku, buat agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, MAKA Kau elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadilah aku hambaMu yang redha dengan pemberianMu itu".
Hadis Rasullullah SAW yang lain
" Diantara kebahagian anak adam ialah solat istikharah (minta pilih) daripada Allah SWT dalam segala urusannya, dan diantara KECELAKAAN anak adam ialah meninggalkan solat istikharah pada setiap urusannya,"
Mak andak ni belajo agama tidaklah tinggi mana so sembang-sembang ni hanyalah berdasarkan apa yang mak andak rasa......
Dulu mak andak jarang buat sembahyang istikharah ni, sebab mak andak ni jahil jugak.... belum nak kawin buat apa nak buat solat istikharah ni, selalunya mak andak buat sembahyang hajat je... mintak pulak macam-macam, lepas tu bila lambat sikit doa tu dimakbulkan mak andak jadi stress.... kenapa Allah tak kabulkan doa kita etc....
Kemudian mak andak terbaca artikel mengenai solat istikharah ni, dan cuba amalkan sekali sehari...... Alhamdulillah Makandak dah mula rasa perbezaanya.
Jadi untuk kawan-kawan di luar sana, cuba lah amal kan Insyallah anda akan lebih positif dalam menghadapi kehidupan ini.
Sebagai insan biasa berusahalah untuk mencapai apa yang kita inginkan sedaya upaya yang mungkin, setelah itu berdoalah kepada yang Esa dan akhirnya bertawakalah.... Mintalah Allah membantu kita membuat pilihan yang terbaik buat diri, agama juga penghidupan di dunia dan akhirat kita....
Yakinlah Allah menjadikan sesuatu perkara itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri... yang kita tidak tahu..... Minta lah Allah pilihkan yang terbaik untuk kita, pasti Dia akan memberikan apa yang terbaik untuk kita. Insyallah.
No comments:
Post a Comment