Kekadang mak andak terasa macam tak ada life lain... pergi kerja selepas subuh balik kerja selepas maghrib, bila mengejar dateline kekadang sang mentari pun makandak tak sempat bertemu.
sampai rumah selalunya dah masuk isyak..... mandi, sembahyang n tido... esok perkara yang sama berulang kembali.
Hidup d KL ni nama aje berjiran, nak berjumpa payah sekali dalam seminggu....pastinya kerana masing-masing sibuk berkerja.. Tahu2 last two days terjumpa kak safiah dengan c Mira yang dah pandai berlari.... Cepatnya masa berlalu pergi.
berbalik pasal kerja.... kekadang terasa pelik jugak hari-hari buat kerja, tapi tak pernah ada titik nokhtahnya..... ada saja masalah yang perlu d selesaikan. Next week mak andak kena terbang ke Miri, ada meeting dengan Shell, langsung melawat our branch d sana.... bukan melawat betulnya tetapi kena kerja... aduh kerja lagi.....
Teringat Pok Uda yang khabarnya masih di China, Pok Su yang terpaksa terbang ke Switzeland yang kemudiannya tersangkut d Frankfurt sewaktu pejalanan pulang mahupun Mok Teh yang bergelandangan d Australia.... semuanya kerana kerja, mak andak cukup bersyukur tak perlu terbang begitu jauh kerana kerja.... Sungguh Menakutkan
Walau apapun mak andak bersyukur sangat di saat ramai yang menganggur di luar sana, mak andak masih ada pekerjaan yang Alhamdulillah mampu menampung kehidupan dan sekurang-kurangnya tidak menyusahkan mak dan abah.
Bukankah pekerjaan itu juga ibadah...... itulah pesan ayahanda.. lakukan seikhlas hati moga-moga Allah memberkati.
No comments:
Post a Comment