Sunday, April 29, 2012

My article that has been published

This article was actually my one and only article that I ever sent out and it was appeared in Utusan Malaysia backed there in 1998 while i'm only 17. sadly due to certain reason not known to me, the article that appeared were post edited version where some of my thought has been missing, since I have my own blog now, I will rewrote in original version.





BERSATU PULIHKAN EKONOMI NEGARA

Saudara Pengarang,

Rakyat Malaysia sememangnya telah lama sedar akan dugaan ekonomi yang melanda kita kini. Selain Thailand, Indonesia dan Korea Selatan yang mendapatkan bantuan IMF, tidak dapat dinafikan negara kita adalah antara yang terjejas teruk. Seperti warga Malaysia lainya, saya turut mengharapkan ekonomi kita akan pulih segera.

Selain pelan pemulihan yang baik, faktor kestabilan politik dan perpaduan bangsa Malaysia mesti diambil perhatian serius. Kepentingan peribadi mesti diketepikan seketika, kita sedar proses pemilihan kepimpinan UMNO akan berlangsung tahun hadapan tetapi riak-riak sesetengah pemimpin mengumpul pengaruh dapat di lihat kini. Kenyataan politik adalah kotor bukan asing kepada kita. Benarkah ianya kotor atau sebenarnya tindak tanduk sesetengah ahli politik yang menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat mereka menjadikan politik kotor itu satu istilah yang sinonim. Tidak bolehkah kepentingan peribadi dikesampingkan??? Perjuangan untuk memulihkan negara daripada kemelestan ekonomi yang berpanjangan patut menjadi agenda utama semua yang menganggap atau mendabik dada dan gah mengatakan mereka adalah seorang pemimpin.

Perpaduan bangsa Malaysia adalah kunci utama. Bagaimana ianya dapat dicapai andai pemimpin sendiri tidak keruan. Janganlah menjadi umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Usaha aktivis masyarakat seperti Dato' Lee Lam Tye dalam memperjuangkan perpaduan seluruh bangsa Malaysia patut dicontohi dan disokong oleh pemimpin-pemimpin melayu, cina dan india lainya. Selagi kita bersatu, Insyallah segala dugaan akan dapat kita harungi bersama.

Tidak cukupkah penerangan Perdana Menteri dan pemimpin lain serta peranan media di dalam menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai kegawatan ekonomi ini??? Perlukah atau apakah kewajarannya kehadiran golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai vateran UMNO melakukan 'road show' yang mempunyai tujuan yang sama dan kepada khalayak yang serupa??? Adakah ianya satu pembaziran atau sebenarnya mereka ini mempunyai agenda tersendiri??? Saya mempertikaikan kewajaran ini berpunca daripada kehadiran seorang bekas pemimpin negeri yang gagal dihadapkan ke mahkamah kerana ketidak cukupan bukti. Adakah beliau ini seorang vateran UMNO??? Ini bukan bererti sumbangan vateran UMNO tidak di perlukan lagi, jauh sekali menidakan jasa mereka yang begitu besar kepada negara. Mereka patut bertindak umpama seorang ayah, ibu, abang atau kakak yang dapat menegur dan menasihatkan anak-anak atau adik-adik memilih jalan yang betul dan bukannya mengeruhkan lagi suasana. Kenyataan dan pendapat yang disuarakan oleh tokoh vateran UMNO, Tan Sri Ghazali Shafiee di dalam rancangan MALAYSIA HARI INI bertarikh 26 August 1998 umpamanya, perlu diambil perhatian bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga pemimpin negara Malaysia yang tercinta ini.


Apabila negara kita diserang oleh berita-berita negatif tulisan media asing, kita secara mudah mengambil kesimpulan singkat bahawa mereka ini dengki dan iri hati dengan kemakmuran negara kita, sebaliknya tatkala pujian diberikan, kita mudah lupa diri, "Lihatlah kejayaan kita diakui dunia" gahnya kita, sedangkan mereka tersenyum sinis memerhati. Ikhlaskah pujian mereka ini??? Secara peribadi saya berpendapat kritikan boleh menyedarkan kita, sebaliknya pujian boleh mengalpakan kita. Tidak bolehkah kita mengambil pendekatan positif dalam hal ini, kata pepatah "Tiada angin masakan pokok bergoyang" tetapi jangan lupa mungkin juga goyangnya pokok kerana adanya monyet atau tupai yang bergayutan.

Jika kenyataan media itu tidak benar, mereka yang berkenaan perlulah menerangkan kebenaran itu kepada rakyat agar ianya dapat di fahami dan tidak disilap tafsir, itu yang lebih utama. Janganlah kita takut akan bayang-bayang sendiri. Media asing tidak akan mampu menjatuhkan kita selagi bangsa Malaysia bersatu. Janganlah kita terlalu banyak menyalahkan orang lain atas musibah yang melanda. Lihatlah kedalam diri, mungkin terdapat beberapa kelemahan kita yang memberi ruang kepada spekulator asing atau pihak berkepentingan lain memanipulasi kelemahan ini.

Tindakan melakukan perjanjian dengan agensi berita asing untuk melaporkan yang baik mengenai Malaysia bukanlah langkah yang bijak. Tidak mustahil berita-berita negatif tidak berasas yang di tulis mereka semata-mata bertujuan untuk mendapatan kontrak-kontrak sebegini yang bukan sedikit nilainya. Kita tidak perlu membazir tenaga dan wang ringgit untuk melayan kehendak mereka ini.

Kita mungkin khuatir berita-berita negatif ini akan merencatkan niat pelabur melabur atau pelancong asing melancong ke sini. Sejauh mana kesannya??? Saya percaya ahli perniagaan hebat tidak akan membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkanh khabar angin semata-mata. Terbaru penerbitan sebuah filem barat yang memburukan penjara Malaysia, adakah ianya akan merencatkan niat pelancong asing melancong ke Malaysia?? Tiada sebab mereka hendak berbuat demikian jika tujuan mereka semata-mata untuk melihat keindahan negara kita. Sebaliknya mereka yang ingin melakukan jenyah mungkin terpaksa berfikir dua kali.

Persengkitaan dengan negara jiran acapkali terjadi. Tindakan negara berkenaan menjadikan Malaysia sebagai isu untuk menyatukan rakyatnya, jika benar amat kita kesali. Tetapi sedar atau tidak kenyataan ini umpama menepuk air di dulang. Mungkin benar kecanggihan KLIA dan KLCC juga pusat pentadbiran kerjaan Putrajaya menimbulkan irihati lantas perbandingan di beri, kritikan bertalu-talu di terima. Tidak bolehkah kita jadikan kritikan mereka sebagai cabaran untuk memberikan yang terbaik, pastinya dalam jangka panjang ia akan dapat meningkatkan reputasi kita di peringkat antarabangsa.


Tidak irihatikah kita atas pencapaian mereka??? Umpamanya di saat gawat ini, sektor kewangan dan perbankan mereka di berikan penarafan sebagai yang terbaik di Asia dan ke-7 di dunia oleh sebuah agensi penarafan antarabangsa. Mungikin akan ada yang berkata pencapaian mereka ini di sebabkan pasaran mereka tidak di serang oleh spekulator asing seperti yang kita hadapi. Mengapa terjadi demikian??? Jika isu ini terlalu sukar untuk di mengertikan, biarlah ianya menjadi persoalan yang patut dijawab oleh mereka yang pakar.

Tidak irihatikah kita melihat bandaraya negara jiran yang bersih atau bagaimana berjayanya mereka mendisplinkan rakyatnya supaya tidak membuang sampah merata-rata. Mungkin akan ada yang berkata mana mungkin membandingkan negara berpenduduk 20 juta dengan negara yang berpenduduk 3 juta. Tidak perlu kita ambil Malaysia sebagai perbandingan, Kuala Lumpur rasanya lebih realistik. Jika warga Kuala Lumpur lebih bertanggungjawab, pastinya kos membersih dan menceriakanya menjelang SUKOM 98 tidaklah setinggi kini. Tidak bolehkah pasangan bercerai ini duduk semeja, perkongsian bistari saranan Perdana Menteri tidak bolehkah di aplikasikan dalam hubungan kedua negara ini??? Malaysia bukan ancaman kepada sesiapa, justeru tidak adil bagi sesiapa pun jua mengancam kemakmuran kita.



sikap menyalahkan orang lain tidak akan membawa kita kemana-mana, kenal pasti dan perbaikilah kelemahan yang ada, pastinya dengan sokongan rakyat yang jitu tidak mustahil kita mampu muncul sebagai kuasa ekonomi baru yang lebih mampan. Kejayaan negara Jepun bangun dari mimpi ngeri Hiroshima dan Nagasaki adalah contoh nyata, kita tidak perlu menghebahkan kepada dunia setiap pencapaian kita. Tempoh bercakap telahpun tamat, kini tibalah masa untuk bertindak merealisasikan segala yang tersurat di sebalik yang tersirat.

Menutup tulisan ini, ingin saya coretkan kata-kata daripada bekas Perdana Menteri yang amat kita sanjungi Tun Abdul Razak, semoga ianya menjadi panduan kepada kita bangsa Malaysia.

"High mouintains, we'll climb together,
Deep seas united we'll swim,
Lets us with one heart endeavour,
To overcome our difficulties and WIN"









Tuesday, February 7, 2012

----KepadaMU Ya Allah kami BerSerah ----



Walaupun mungkin posting ini sekadar sia-sia, tetapi jauh di sudut hati 0.000000001% still berharap miracle do exist dan makandak akan dapat kembali Pendant pemberian my beloved abah ini.....

" Makandak telah di ragut di Taman Seri Gombak pada kira-kira pukul 1230 tgh hari 7-2-2012, I don"t care much about the rantai as I bought it myself but the pendant has significant value to me as this been given by my beloved abah, kepada pengusaha kedai emas atau sesiapa juga  yg di datangi oleh peragut ini atau di hadiahkan pendant ragut ini - as this was specially made for me - only 1 in whole wide world, harap dapat memulangkan kembali at least the Pendant to me"

Utk Peragut, Semoga Allah SWT membalas kejahatan yang anda lakukan..... u're neither human nor animal... for myself u're syaitan bertopengkan manusia...... lebih hina dari binantang... 

Prior to that, on January 31,2012 I was involved in car accident, whereby someone has bang his car into  cik CITY of mine while we both stop at red traffic light, tho it was not my fault, as a result I'm currently CAR less until further notice, luckily I still has my cik WIRA with me.

Also in January , I was offered a position of AP Accountant with MNC company with Five figure salary, but the offer has been pull back due to unsatisfactory pre-employment medical screening, tho 2nd opinion say differently, I believed that not my rezeki after all, semoga Allah SWT mengantikanya dengan sesuatu yang lebih baik buat makandak dunia akhirat, Insyallah.

While early January 2012, my beloved abah has been diagnosed with certain illness and had undergo an operation, Alhamdulillah tho currently still at recovery state, he is getting better day by day.... always pray for his fast recovery, Ameen.



Before all those above, in the middle of last year or around September 2011, my beloved kak long has been diagnosed with bone cancer stage 4, she now under Iressa 250 mg medication as alternative of chemotherapy, semoga Allah SWT memudahkan jalan penyembuhan buat abah dan kak long, Insyallah.



Sepertinya dugaan yang silih berganti Allah SWT berikan pada makandak dan keluarga, sehingga seorang kawan memberi cadangan agar makandak mandi bunga, mandi tolak bala dan sebagainya.... Tetapi pada makandak Allah SWT tidak akan sekali kali menzalimi hambanya, justeru DIA menduga setakat kemampuan kita hambanya, makandak percaya itu, pastinya ada hikmah yang tersembunyi yang mungkin kita tidak sedari.Insyallah pasti ada cahaya di hujung perjalanan....

Sesuatu yang pasti dugaan-dugaan ini menjadikan kami sekeluarga lebih dekat padaNYA dan antara satu sama lain juga, sentiasa memohon semoga di permudahkan segala urusan kami kedepannya.

Ya Allah ya Tuhan Kami, KepadaMU kami beriman, kepadaMU kami bertawakal, kepadaMU kami berserah diri, Permudahkanlah urusan Kami, Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur dalam menerima segala  RahmatMU, bersabar dalam menerima segala dugaanMU dan sentiasa Redha dalam menerima segala ketentuanMU. Hidupkanlah kami dalam Iman, Matikanlah kami dalam IMAN serta berkatilah kehidupan kami di dunia dan Akhirat. Ameen ya Rob.......

Saturday, February 4, 2012

simple hire-purchase loan calculation for prospective new car owner

hi everyone.... wishing all Malaysian have a great long holiday. As usual, being typically me long holiday mean travel 350km south bound visiting my beloved parents is must do agenda... but not this time as I'm on day 2 of 30 days CAR less challenge, furthermore mid-term exam is around the corner, to be exact will seat for my mid-term next week.

to those who planning getting your new car, please be aware that interest rate been provided to us by the car dealer sometimes bit misleading as such it's important for us to know how much the actual interest rate that we actually have to pay.


simple calculation as follows, its based on current price of MAZDA 3 in Malaysia.



DETAILS
Car brand/ Type : Mazda3 CKD sport 2.0 HB
Retail Price with Insurance : RM139,760.20
Down payment (10%) : RM 14,044.00
Total loan required : RM125,716.20
Tenure : 7 years
Interest Rate : 2.6%



PV= RM125,716.20 n=7 i=2.6%


1. What total interest will becharged on this loan for entire 7 years duration?


Ø RM125,716.20 x 0.026 x 7

= RM22,880.35



2. What is the monthly instalment?


Ø (RM125,716.20 + RM22,880.35) / (7 x 12)

Ø RM148,596.55 / 84

= RM1,769.00




3. What annual percentage rate(APR) is actually being charged here?



PMT = RM1,769.00 n = 84 PV= RM125,716.20 FV = 0

I = solve = 0.40556

Annual Rate = 0.40556 x 12

= 4.8667%



4. What is the effective annualrate (EAR)?



EAR = (1 + 0.048667 / 12) 12 - 1

= 0.049767 x 100

= 4.98%




5. After paying the 50th.Instalment, what will be the loan balance ?


PMT = RM1,769.00 i = 4.8667/12 = 0.40556 n = 84 – 50 = 34 FV = 0

PV = solve = RM56,077.45


Based on above calculation when the car dealer told us that the interest rate is 2.6%, the effective annual rate that we have actually been charged were 4.98%, so its advisable to have more down payment, to lower down amount of loan required.


Happy shopping on your NEW CAR............. much luv, makandak

Tuesday, January 10, 2012

TB bukan TV

Pernahkah anda menjangka anda Akan terkena penyakit ini? Being a bit ignorant myself makandak totally shocked , surprised to the maximum i would say.... sangat terkejut ok.. I had been diagnosed with that particular illness. Lebih-lebih lagi bila the finding was done by Prince Court Medical Center during my pre screening medical check up. As the result actually on pre-screening, further check-up or investigation need to be done to ascertain the initial finding.

Medical report

To seek 2nd opinion, makandak was advised by prospective employer to do that at their other panel hospital to ensure acceptance of the finding and most probably much cheaper from PCMC since this time around makandak have to bear the cost myself... The chosen one was KPJ Tawakkal at Jalan Pahang- all in test that I have to redo were 1. Repetition of Blood test that cost me RM397.00 2. Repetition of x-ray that cost me RM40.00 3. additional test - Mantoux test - RM170,  one test for TB that cannot be done on me was Sputum test as I don't have any 'kahak' to be tested... X demam or batuk .... So how la kan.




Mantoux test done - sakit cam kena gigit semut api... huhuh:(( 

Result 

Alhamdulillah , I was found -ve of M. tuberculosis @ TB, bersyukur sangat-sangat.....................................

Sunday, January 1, 2012

play time.....

Happy new year 2012

Today is 1-1-2012, may blessing of Allah be with us thruout the year, more successful personal as well as professionally.

For myself, I don't have any specific resolution ... Just simply would like to be a better Muslim , daughter, sister.. aunty, wife, mummy Insyallah.... Be a better person each day, much better than yesterday. Ameen.

Below some of fireworks that I manage to snap from my apartment balcony.

Thursday, December 29, 2011

Window shopping @ Johor Premium outlet

Due to my abah and mum health condition m decided to spent my year end vacation with them instead of going somewhere else.

Being in Johor, myself and beloved sister decided to go to new shopping attraction not really for shopping but just to find out how the place... Here we came ... Johor Premium Outlet.

the Q was so looooooooooog  at Coach

~Akim & Fahim enjoying themselves while mummy and makandak window shopping~



~COACH~

~MICHAEL KORS , i happen to know this designer while following American next top model ~

~the building was sooooooo Johor ok, i like :))~

~macam kat padang pasir pun ada~

~ARMANI outlet & many more~

My conclusion: not bad, there are variety of choices with reasonable prices, 'rambang mata' di buatnya... Make sure you plan yourself as I was informed this place were over crowded during weekend and public holiday especially with Singaporean. but in term of tempat makan, much room for improvement.....