Saturday, February 9, 2008

Kita hanya insan biasa yang Mengharap RahmatNya..



Banyak yang telah mak andak dengar dan baca mengenai perubahan penyanyi rock Malaysia ini.... siapa tak kenal Amy Search... di internet banyak e-mail yang mak andak dapat mengenai betapa bertenaganya Amy tatkala mengerjakan umrah.... Alhamdulillah dan tahniah Amy kerana Allah telah memilih anda... memberi kekuatan untuk anda.

Hari ini Mak andak terbaca artikel mengenai perkara yang sama di majalah I bulan Februari. Namun di sini mak andak tidak lah mahu mengulas lanjut perihal kisah Amy, tetapi sekadar menyampaikan pandangan peribadi.
Sekadar memetik kata-kata Amy " Saya diam kerana bagi saya hidup ini adalah urusan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui, Maha Penyanyang, Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Bijaksana dan Maha Segala-galanya, sama ada ibadah saya diterima atau tidak itu juga hak Allah,"

Siapalah kita untuk menjadi hakim menentukan dosa dan pahala orang lain, cukup sempurnakah amalan kita untuk mengatakan amalan orang lain tidak sempurna.

Abah kerap mengingatkan mak andak, Manusia adalah makhluk, dan salah satu sifatnya ialah akan berubah...... Yang Jahil tidak akan selama-lamanya jahil. Kita tidak boleh menilai buruk baik sesorang itu dengan sekadar melihat sifat luarannya sahaja. benar lah seperti kata pepatah inggeris "Don't judge the book by its cover", Allah SWT juga tidak menilai sesorang berdasarkan harta atau rupanya tetapi kepada amalan kita. Kita tidak akan masuk syurga kerana amalan kita semata-mata tetapi kerana Rahmat dan Redha Allah SWT.

Rasanya setiap dari kita ingin menjadi insan yang lebih baik dari semalam, mak andak juga bercita-cita yang sama...... ingin menjadi anak yang baik buat mak dan abah, jadi isteri dan ibu mithali (insyallah) juga pastinya ingin men jadi umat Muhammad SAW dan hamba Allah SWT yang taat.

No comments: