Sunday, April 29, 2012

My article that has been published

This article was actually my one and only article that I ever sent out and it was appeared in Utusan Malaysia backed there in 1998, sadly due to certain reason not known to me, the article that appeared were post edited version where some of my thought has been missing, since I have my own blog now, I will rewrote in original version.





BERSATU PULIHKAN EKONOMI NEGARA

Saudara Pengarang,

Rakyat Malaysia sememangnya telah lama sedar akan dugaan ekonomi yang melanda kita kini. Selain Thailand, Indonesia dan Korea Selatan yang mendapatkan bantuan IMF, tidak dapat dinafikan negara kita adalah antara yang terjejas teruk. Seperti warga Malaysia lainya, saya turut mengharapkan ekonomi kita akan pulih segera.

Selain pelan pemulihan yang baik, faktor kestabilan politik dan perpaduan bangsa Malaysia mesti diambil perhatian serius. Kepentingan peribadi mesti diketepikan seketika, kita sedar proses pemilihan kepimpinan UMNO akan berlangsung tahun hadapan tetapi riak-riak sesetengah pemimpin mengumpul pengaruh dapat di lihat kini. Kenyataan politik adalah kotor bukan asing kepada kita. Benarkah ianya kotor atau sebenarnya tindak tanduk sesetengah ahli politik yang menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat mereka menjadikan politik kotor itu satu istilah yang sinonim. Tidak bolehkah kepentingan peribadi dikesampingkan??? Perjuangan untuk memulihkan negara daripada kemelestan ekonomi yang berpanjangan patut menjadi agenda utama semua yang menganggap atau mendabik dada dan gah mengatakan mereka adalah seorang pemimpin.

Perpaduan bangsa Malaysia adalah kunci utama. Bagaimana ianya dapat dicapai andai pemimpin sendiri tidak keruan. Janganlah menjadi umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Usaha aktivis masyarakat seperti Dato' Lee Lam Tye dalam memperjuangkan perpaduan seluruh bangsa Malaysia patut dicontohi dan disokong oleh pemimpin-pemimpin melayu, cina dan india lainya. Selagi kita bersatu, Insyallah segala dugaan akan dapat kita harungi bersama.

Tidak cukupkah penerangan Perdana Menteri dan pemimpin lain serta peranan media di dalam menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai kegawatan ekonomi ini??? Perlukah atau apakah kewajarannya kehadiran golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai vateran UMNO melakukan 'road show' yang mempunyai tujuan yang sama dan kepada khalayak yang serupa??? Adakah ianya satu pembaziran atau sebenarnya mereka ini mempunyai agenda tersendiri??? Saya mempertikaikan kewajaran ini berpunca daripada kehadiran seorang bekas pemimpin negeri yang gagal dihadapkan ke mahkamah kerana ketidak cukupan bukti. Adakah beliau ini seorang vateran UMNO??? Ini bukan bererti sumbangan vateran UMNO tidak di perlukan lagi, jauh sekali menidakan jasa mereka yang begitu besar kepada negara. Mereka patut bertindak umpama seorang ayah, ibu, abang atau kakak yang dapat menegur dan menasihatkan anak-anak atau adik-adik memilih jalan yang betul dan bukannya mengeruhkan lagi suasana. Kenyataan dan pendapat yang disuarakan oleh tokoh vateran UMNO, Tan Sri Ghazali Shafiee di dalam rancangan MALAYSIA HARI INI bertarikh 26 August 1998 umpamanya, perlu diambil perhatian bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga pemimpin negara Malaysia yang tercinta ini.


Apabila negara kita diserang oleh berita-berita negatif tulisan media asing, kita secara mudah mengambil kesimpulan singkat bahawa mereka ini dengki dan iri hati dengan kemakmuran negara kita, sebaliknya tatkala pujian diberikan, kita mudah lupa diri, "Lihatlah kejayaan kita diakui dunia" gahnya kita, sedangkan mereka tersenyum sinis memerhati. Ikhlaskah pujian mereka ini??? Secara peribadi saya berpendapat kritikan boleh menyedarkan kita, sebaliknya pujian boleh mengalpakan kita. Tidak bolehkah kita mengambil pendekatan positif dalam hal ini, kata pepatah "Tiada angin masakan pokok bergoyang" tetapi jangan lupa mungkin juga goyangnya pokok kerana adanya monyet atau tupai yang bergayutan.

Jika kenyataan media itu tidak benar, mereka yang berkenaan perlulah menerangkan kebenaran itu kepada rakyat agar ianya dapat di fahami dan tidak disilap tafsir, itu yang lebih utama. Janganlah kita takut akan bayang-bayang sendiri. Media asing tidak akan mampu menjatuhkan kita selagi bangsa Malaysia bersatu. Janganlah kita terlalu banyak menyalahkan orang lain atas musibah yang melanda. Lihatlah kedalam diri, mungkin terdapat beberapa kelemahan kita yang memberi ruang kepada spekulator asing atau pihak berkepentingan lain memanipulasi kelemahan ini.

Tindakan melakukan perjanjian dengan agensi berita asing untuk melaporkan yang baik mengenai Malaysia bukanlah langkah yang bijak. Tidak mustahil berita-berita negatif tidak berasas yang di tulis mereka semata-mata bertujuan untuk mendapatan kontrak-kontrak sebegini yang bukan sedikit nilainya. Kita tidak perlu membazir tenaga dan wang ringgit untuk melayan kehendak mereka ini.

Kita mungkin khuatir berita-berita negatif ini akan merencatkan niat pelabur melabur atau pelancong asing melancong ke sini. Sejauh mana kesannya??? Saya percaya ahli perniagaan hebat tidak akan membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkanh khabar angin semata-mata. Terbaru penerbitan sebuah filem barat yang memburukan penjara Malaysia, adakah ianya akan merencatkan niat pelancong asing melancong ke Malaysia?? Tiada sebab mereka hendak berbuat demikian jika tujuan mereka semata-mata untuk melihat keindahan negara kita. Sebaliknya mereka yang ingin melakukan jenyah mungkin terpaksa berfikir dua kali.

Persengkitaan dengan negara jiran acapkali terjadi. Tindakan negara berkenaan menjadikan Malaysia sebagai isu untuk menyatukan rakyatnya, jika benar amat kita kesali. Tetapi sedar atau tidak kenyataan ini umpama menepuk air di dulang. Mungkin benar kecanggihan KLIA dan KLCC juga pusat pentadbiran kerjaan Putrajaya menimbulkan irihati lantas perbandingan di beri, kritikan bertalu-talu di terima. Tidak bolehkah kita jadikan kritikan mereka sebagai cabaran untuk memberikan yang terbaik, pastinya dalam jangka panjang ia akan dapat meningkatkan reputasi kita di peringkat antarabangsa.


Tidak irihatikah kita atas pencapaian mereka??? Umpamanya di saat gawat ini, sektor kewangan dan perbankan mereka di berikan penarafan sebagai yang terbaik di Asia dan ke-7 di dunia oleh sebuah agensi penarafan antarabangsa. Mungikin akan ada yang berkata pencapaian mereka ini di sebabkan pasaran mereka tidak di serang oleh spekulator asing seperti yang kita hadapi. Mengapa terjadi demikian??? Jika isu ini terlalu sukar untuk di mengertikan, biarlah ianya menjadi persoalan yang patut dijawab oleh mereka yang pakar.

Tidak irihatikah kita melihat bandaraya negara jiran yang bersih atau bagaimana berjayanya mereka mendisplinkan rakyatnya supaya tidak membuang sampah merata-rata. Mungkin akan ada yang berkata mana mungkin membandingkan negara berpenduduk 20 juta dengan negara yang berpenduduk 3 juta. Tidak perlu kita ambil Malaysia sebagai perbandingan, Kuala Lumpur rasanya lebih realistik. Jika warga Kuala Lumpur lebih bertanggungjawab, pastinya kos membersih dan menceriakanya menjelang SUKOM 98 tidaklah setinggi kini. Tidak bolehkah pasangan bercerai ini duduk semeja, perkongsian bistari saranan Perdana Menteri tidak bolehkah di aplikasikan dalam hubungan kedua negara ini??? Malaysia bukan ancaman kepada sesiapa, justeru tidak adil bagi sesiapa pun jua mengancam kemakmuran kita.



sikap menyalahkan orang lain tidak akan membawa kita kemana-mana, kenal pasti dan perbaikilah kelemahan yang ada, pastinya dengan sokongan rakyat yang jitu tidak mustahil kita mampu muncul sebagai kuasa ekonomi baru yang lebih mampan. Kejayaan negara Jepun bangun dari mimpi ngeri Hiroshima dan Nagasaki adalah contoh nyata, kita tidak perlu menghebahkan kepada dunia setiap pencapaian kita. Tempoh bercakap telahpun tamat, kini tibalah masa untuk bertindak merealisasikan segala yang tersurat di sebalik yang tersirat.

Menutup tulisan ini, ingin saya coretkan kata-kata daripada bekas Perdana Menteri yang amat kita sanjungi Tun Abdul Razak, semoga ianya menjadi panduan kepada kita bangsa Malaysia.

"High mouintains, we'll climb together,
Deep seas united we'll swim,
Lets us with one heart endeavour,
To overcome our difficulties and WIN"









No comments: