Monday, June 1, 2009

Bila kompang berbunyi part II

Semalam adik bongsu makandak selamat melangsungkan pertunangannya, masa begitu cepat berlalu, adik yang sentiasa kecik di mata kami rupanya sudah cukup umur untuk bergelar suami. Untuk kedua-duanya makandak ucapkan ... Congratulations!!!
Untuk majlis kali ini, buat kali pertama abah mengamanahkan kami adik-beradik mengendalikan majlis... tiada lagi pak cik atau mak cik sebagai wakil pihak lelaki seperti lazimnya.
Abang Long bertindak sebagai ketua rombongan dan kami adik beradik sahaja yang mengantar. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti di harapkan dan Insyallah the big day will be on November nanti.






hantaran dr pihak perempuan (9 dulang semuanya)
cantik-cantik gubahanya


Kat bawah ni semua adalah hasil keras tangan makandak... buat adik tersayang






fruits








The sirih junjung (mak lang+ mak andak +ayu)








chocolate







cincin + RMxx.00

story behind : ikut adat org Johor, setiap RM10.00 yang di beri sewaktu majlis pertunangan melambangkan RM1,000.00 nilai hantaran




7 dulang hantaran yang d beri dari kami
-cincin pertunangan
-persalinan pernikahan
-persalinan untuk majlis sambut menantu
-telekung
-coklat
-buah-buahan

Semalam juga Majlis pernikahan executive makandak Nor salizawati & Muhamad Fahmi berlangsung di Ampang. Ralat rasanya tak mampu hadir, untuk pengantin makandak doakan moga berbahagia dunia akhirat, di rahmati dengan kehadiran anak-anak yang comel2, juga rezeki melimpah.



Saturday, January 17, 2009

1430/2009 Resolution....

My resolution for the year 1430/2009 ni.... nak guna sepenuhnya pelepasan income tax RM1,000.00 yang d beri kerajaan untuk membeli bahan bacaan...
and for the start makandak dah pun beli buku tulisan anak wak Leman ni.... hai mcm nama jiran mak andak kat kampung je...
sebelum terlupa ucapan Takziah untuk keluarga Wak Yam (isteri arwah wak leman) yang dah pulang ke Rahmatullah pada tanggal 10th. Januari 2009, semoga Allah menempatkan Rohnya bersama para solihin, Al-Fatihah (untuk sesiapa yg kebetulan tersurf blog ni, harap sudikan sedekahkan Al-fatihah untuk arwah as well)
back to azam makandak...Ya lah kan sebelum nak kenal orang lain baik la kita betul-betul kenal diri sendiri....
lama jugak lah membelek-belek buku d kinokuniya KLCC, rungut kawan makandak yang meneman makandak hari tu... sempatla dia membeli 2 buah buku serta menyudahkan 2 chapter buku yang d belinya, barulah makandak dapat buku yang satu ini.

Tapi tak tahulah, dah hampir 2 minggu di beli chapter 1 pun tak katam lagi...




Gaza invasion....

Lama dah rasanya makandak tak update blog ni, sampai ada yang bertanya.... ceh tak sangka ada juga yang jadi peminat setia rupanya.... :))
sibuk sikit di awal tahun ni, closing last year pun tak settle lagi, furthermore komputer makandak dah rosak, dah tak keluo gambo d skrin, nak beli yang baru tak mampu lagi rasanya, so harapkan curi-curi masa di office, during lunch break atau after office hour.
Hari ni kebetulan ada urgent task yang makandak nak kena resolve, tu yang datang jugak ke office, semalam meeting till 7.30 pm, nak continue habiskan kerja otak makandak dah malfunction, kerja dengan fact and figure the whole day memang memenatkan... tu yang makandak rasa, atau mungkin makandak ni not the workaholic type kot. after 6 je, bukan setakat jalan-jalan d KL ni saja yang Jam, otak makandak pun jam sama... ((:

hujung 2008 till now, krisis di Gaza menjadi tajuk utama... Kita as a muslim harus ambil iktibar dari kejadian yang berlaku...














dalam banyak2 e-mail berkenaan kejadian ini yang makandak terima, makandak tertarik atas kendungan e-mail yang satu ini...
An eye Opener comparison!.... Extracts of speech by Hafez A.B Mohamed, Director General Al Baraka Bank
Demographics
* world Jews population : 14 million
* world muslim population : 1.5 billion
***for every Jew there are 107 muslim, yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion muslim
WHY????
sebenarnya panjang lagi e-mail tersebut.... d pendekan cerita..
mereka kuat kerana mereka menguasai ilmu juga kekayaan dan kuasa ekonomi & politik dunia....
ayuh bangsa ku bangun dari tidurmu....ceh macam political speech la pulak
walau apa pun ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa, jika kita sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya..

secara peribadi, makandak menyokong kempen boikot barangan mereka, jika kita semua muslim yang 1.5 billion ini bersatu.... Insyallah pasti lumpuh ekonomi mereka...

Wednesday, December 31, 2008

Congrats!!!

semalam Result PMR pn dah keluar....

short note yet very special to my beloved niece & nephew..

*utk Hanif... Tahniah 8A 1B is great achievement though makandak expect hanif can do better...
*utk Amalina... 3A 5B and 1C seems below par however that not end of the world... PMR just the beginning, try your very best in the SPM nanti.

Nampaknya record kakak husna of 9A still stand....

Friday, December 26, 2008

Selamat pengantin baru buat Mok Teh - 14/12/2008













token utk tetamu consist of surah yassin + al-mathurat, dodol + telo pindang + "nasik berkat" pack in special printed paper bag.


apa nasi berkat tu... Rasanya itu yang sedikit unik berbanding di tempat lain, di tempat mak andak menjadi lumrah keluarga pengantin akan membekalkan para jemputan yang datang dengan nasi berserta lauk jamuan untuk di bawa pulang untuk sama-sama di rasa oleh ahli keluarga yang tidak dapat hadir.















The bride with mak lang


Oleh kerana pengantin jauh di Syedney and hanya balik 2 minggu sebelum majlis, masing-masing kena la sama-sama turun padang menyumbang idea juga tenaga. Alhamdullillah syukur kehadrat ilahi, majlis dapat di sempurnakan...






the invitation card














The hantaran





maaf la mok teh... mak andak ni bukan nya reti benda-benda kreatif ni... so ni la je hasil keras tangan buat mok teh ..... yang mampu mak andak sumbangkan.
14/1 nanti pengantin d jadual kembali ke Syedney... untuk mok teh & pok teh... semoga bahagia smpai ke syurga... Insyallah










Salam Maal Hijrah 1430

semoga Allah SWT
* mengampunkan segala kekilapan dan kealpaan yang kita lakukan d sepanjang 1429H
* memberi kenikmatan Iman yang berkekalan
* memberi nikmat kesihatan yang baik buat ayah & bonda, juga kita sekeluarga
* memberi kecukupan rezeki yang berkat lagi halal

semoga kita terus

* Jadi hamba Allah yang taat
* Jadi anak-anak yang sentiasa perihatin perihal ayahbonda

Untuk semua...

Semoga sentiasa berada dalam Rahmat & Redha Allah SWT

Tuesday, December 2, 2008

1st. Dec 1999 to 1st. Dec 2008



Diam tak diam dah 9th tahun makandak keja disini.... mesti ada yang tertanya-tanya kenapa makandak terus di sini... ya lah co ni bukan public listed, tak ada yang istimewa....

Gaji makandak pun tak la banyak mana, benefit pun biasa-biasa.. tapi there is something yang makandak rasa selesa di sini,
* first and foremost coz the big boss cukup committed pada kerjanya, sllu share his aspiration, what his intention towards co future success.
* bertimbang rasa... specially during bonda tercinta bypass operations at ijn, her hospitalisation prior and post operation, boss grant me permission keluar opis bila di perlukan.. tak kira masa..
* since joining the company, makandak dapat yearly increment, bonus up to 3 month salary (max) and of course promotion without failed.
* dan yang paling utama, Insyallah the MD adalah muslim yang taat, justeru makandak merasa keberkatan bekerja di sini.
* from nothing Alhamdulillah sekarang makandak mampu punya kenderaan and rumah sendiri walaupun tidak semewah orang lain di luar sana.
* Pesan ayahanda yang sentiasa makandak ingat sampai bila-bila, kerjalah seikhlas hati, bersyukur dengan yang ada, Insyallah Allah akan sentiasa mencukupkan rezeki kita.