Wednesday, July 2, 2008

Rebate ooh Rebate vs cincin subsidi......:))

Agaknya apa yang you all buat dengan duit Rebate minyak yang di beri kerajaan......
Rasanya dalam ramai yang menentang kenaikan harga minyak, rasa makandak tak de siapa yang memboikot dari mengambil rebate yang di beri .....

kalau tak silap mak andak setakat hari ini Pos Malaysia melaporkan lebih RM56juta rebate telah di ambil oleh pemilik kenderaan (seperti di laporkan berita ikim.fm pagi tadi).
Kiranya makandak termasuklah jugak di dalam angka statistik tersebut. Makandak baru je ambik duit rebate tu semalam, prosesnya tidak lah rumit, sekadar mengisi borang dan menyerahkan MYKAD, 10 minit duit RM625.00 telah ada di tangan, cuma nak Qnya saja yang mengambil sedikit masa, adalah dalam 30 minit menunggu giliran.
Tahu kelemahan diri yang sedikit boros, lagi pula baru mendapat 2.5 month bonus yang di beri majikan, jadi makandak tidaklah terlalu terdesak dari segi kewangan justeru makandak terfikir untuk membeli sesuatu dengan duit tersebut, sekurang-kurangnya adalah momento duit subsidi ni....
So iNilaH hasiLNya, seBenTuk ciNcin subsiDi...... harGanyA RM366.00 sElepaS diskaun :))




1 comment:

Anonymous said...

cantik cincin...berbaloi gomen bagi rebat (-: