Thursday, April 10, 2008

Perfume ber alkohol & Solat


Artikel pilihan makandak .. ikutilah Pandangan Ustaz Zaharuddin Ab. Rahman di laman web beliau mengenai perfume beralkohol http://www.zaharuddin.net/

mak andak tulis semula artikel beliau, mudah-mudahan ada manafaat yang dapat di kongsi bersama.

***********************************************************************

Penggunaan perfume beralkohol di dalam solat adalah HARUS dan SAH solat yang di laksanakan. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis.

Para Ulama menyebut alkohol adalah najis berdasarkan hadis nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia di ambil dari ayat Al-Quran yang menyebut,

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja syaitan " (Al-Maidah:90)

dan dari hadis riwayat Abu Tha'laba Al-Khushani di dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim :

" Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli kitab, bolehkah kami makan dan minum di dalam bekas mereka? Nabi membalas: Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya".

Imam An-Nawawi (syarah sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkni (Naylul Awtar, 1/71) menyebut " Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kerana ia dihukum sebagai najis".

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1. Mazhab Hanafi, menurut kitab al-fiqh al-islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2.Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam bidayat al-mujtahid (2/125), Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh di gunakan kecuali untuk tujuan perubatan".

3. Mazhab Shafi'i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-Nawawi di dalam Al-Majmu' 2/569-570 (di petik dari Imam Al-Ghazali)

4. Demikian juga menurut Mazhab Hanbali (Ibn Quddama, Al-Mughni, 9/152).

Benar 70% atau lebih arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah di proses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Adapun, alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan "Absolute ethanol" iaitu sejenis alkohol dengan sedikit air dan campuran lain .Maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi di gelar arak, barang siapa yang meminumnya pula, ia mungkin membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera, dan bukannya mabuk.

Kesimpulanya, menggunakan perfume beralkohol adalah di kira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang di beri oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr. Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Prof Dr. Syeikh Hassan Abbas melalui kuliahnya.


Ustaz Zaharuddin

6th. Feb 2007/ 18 Muharam 1428H


No comments: