Wednesday, December 31, 2008

Congrats!!!

semalam Result PMR pn dah keluar....

short note yet very special to my beloved niece & nephew..

*utk Hanif... Tahniah 8A 1B is great achievement though makandak expect hanif can do better...
*utk Amalina... 3A 5B and 1C seems below par however that not end of the world... PMR just the beginning, try your very best in the SPM nanti.

Nampaknya record kakak husna of 9A still stand....

Friday, December 26, 2008

Selamat pengantin baru buat Mok Teh - 14/12/2008













token utk tetamu consist of surah yassin + al-mathurat, dodol + telo pindang + "nasik berkat" pack in special printed paper bag.


apa nasi berkat tu... Rasanya itu yang sedikit unik berbanding di tempat lain, di tempat mak andak menjadi lumrah keluarga pengantin akan membekalkan para jemputan yang datang dengan nasi berserta lauk jamuan untuk di bawa pulang untuk sama-sama di rasa oleh ahli keluarga yang tidak dapat hadir.















The bride with mak lang


Oleh kerana pengantin jauh di Syedney and hanya balik 2 minggu sebelum majlis, masing-masing kena la sama-sama turun padang menyumbang idea juga tenaga. Alhamdullillah syukur kehadrat ilahi, majlis dapat di sempurnakan...






the invitation card














The hantaran





maaf la mok teh... mak andak ni bukan nya reti benda-benda kreatif ni... so ni la je hasil keras tangan buat mok teh ..... yang mampu mak andak sumbangkan.
14/1 nanti pengantin d jadual kembali ke Syedney... untuk mok teh & pok teh... semoga bahagia smpai ke syurga... Insyallah










Salam Maal Hijrah 1430

semoga Allah SWT
* mengampunkan segala kekilapan dan kealpaan yang kita lakukan d sepanjang 1429H
* memberi kenikmatan Iman yang berkekalan
* memberi nikmat kesihatan yang baik buat ayah & bonda, juga kita sekeluarga
* memberi kecukupan rezeki yang berkat lagi halal

semoga kita terus

* Jadi hamba Allah yang taat
* Jadi anak-anak yang sentiasa perihatin perihal ayahbonda

Untuk semua...

Semoga sentiasa berada dalam Rahmat & Redha Allah SWT

Tuesday, December 2, 2008

1st. Dec 1999 to 1st. Dec 2008



Diam tak diam dah 9th tahun makandak keja disini.... mesti ada yang tertanya-tanya kenapa makandak terus di sini... ya lah co ni bukan public listed, tak ada yang istimewa....

Gaji makandak pun tak la banyak mana, benefit pun biasa-biasa.. tapi there is something yang makandak rasa selesa di sini,
* first and foremost coz the big boss cukup committed pada kerjanya, sllu share his aspiration, what his intention towards co future success.
* bertimbang rasa... specially during bonda tercinta bypass operations at ijn, her hospitalisation prior and post operation, boss grant me permission keluar opis bila di perlukan.. tak kira masa..
* since joining the company, makandak dapat yearly increment, bonus up to 3 month salary (max) and of course promotion without failed.
* dan yang paling utama, Insyallah the MD adalah muslim yang taat, justeru makandak merasa keberkatan bekerja di sini.
* from nothing Alhamdulillah sekarang makandak mampu punya kenderaan and rumah sendiri walaupun tidak semewah orang lain di luar sana.
* Pesan ayahanda yang sentiasa makandak ingat sampai bila-bila, kerjalah seikhlas hati, bersyukur dengan yang ada, Insyallah Allah akan sentiasa mencukupkan rezeki kita.


Tuesday, November 25, 2008

happY anniversary......

To all my beloved abang, kakak and adik.... Happy anniversary...

* Long & abang long 18th. November 1990
* Ngah & kak Ngah 15th. November 1990
* Uda & Kak Uda .... 18th. November 1995
* Mak lang & Pak lang .... 4th. Dec 2004
* Ayu & Amin .... 25th. November 2007

Semoga sentiasa dalam rahmat & Redha Allah, bahagia sampai ke syurga.....
dikurniakan anakanda-anakanda yg soleh & solehah serta cerdik, baik budi pekerti...

Untuk mok teh selamat berpindah ke rumah baru.... dari mascot drive ke baber avenue, still di eastlakes, insyallah ada rezeki lebih sampailah mak andak & Pok su ke syedney next year....

Thursday, November 20, 2008

Kereta baru.....


Mak lang kata Pak Uda dah tuko MPV baru... rasanya mcm baru je pak uda pakai Avanza tu, apa ke namanya... Grand Livina, so sekarang ni uda sekeluarga punya Grand Livina and Persona as second car...

Macam 'grand' je bunyinya, apa lagi makandak pun terus surf internet. oooh macam nila rupanya...
Cantik jugak, sesuai dan selesa untuk pak uda seisi keluarga...

makin sayang la Ammar, Nurin dan Ariff dengan ayah tersayang. Tak sabo makandak nak tumpang MPV baru....
Pada makandak kenderaan adalah satu kepeluan, memang kadangkala ia di lihat sebagai lambang status dalam masyarakat. Kata orang biarlah ukur baju di badan sendiri, kalau mampu tidak salah berkereta mewah mahupun berumah besar.
dalam banyak-banyak kereta, makandak tertarik pada yang satu ini... cukup sekadar menjamu mata....

















Tuesday, November 11, 2008

Good Luck "KaKaK"


Baru pagi tadi makandak teringat nak ziarah kakak di KISAS, nak wish GooD luck in person kononnyer... Rupa-rupanya hari ni SPM dah bermula...


untuk kakak @ Nurul Husna Mohd Tawfik di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang... makandak doakan mudah-mudahan dapat buat yang terbaik, di permudahkan Allah untuk mengingat apa yang dah di ulangkaji for the past two years,


Kalau PMR kakak mampu dapat 9A
Insyallah kali ini pun makandak percaya
kakak mampu buat yang terbaik
Be the best.... Insyallah.

Wednesday, October 22, 2008

Problem......


tak tahu la apa sebab tetiba tulisan kat blog makandak ni mengecik... luar biasa halusnya... nak tuko layout pun tak boleh...

tu yang malas nak update blog ni..... tensen...

anyway banyak jugak yang happen this month...


1. untuk anak-anak buah makandak... hanif, amalina and nana... semoga dapat result PMR terbaik, insyallah... ikut jejak kak Husna yang dapat 9A.

2. untuk yang celebrate birthday this month

.... Mak long .... 10/10/1960

... Nurul Husna & Nurin Izzati ....15/10

...Akim... 17/10


Juga untuk kawan2 makandak


****Pandi....16/10

****Ayu.....23/10


untuk semua happy birthday, semoga tercapai segala impian & sentiasa dalam Rahmat & Redha Allah SWT
and last but not least to 2007/ 2009 F1 champion Kimi Raikonen who celebrate his 29th. bday on 17/10....

Tuesday, October 7, 2008

corat coret raya.....

Tahun ni tahun ke 2 mokteh tak dapat sama-sama berhari raya kat kampung... mudah-mudahan tahun depan kita dapat kumpul bersama.

adik pulak hampir-hampir tidak dapat berhari raya bersama, Alhamdulillah tugasnya selesai sehari sebelum raya, justeru dapat la balik berhari raya...

as promised, untuk mok teh terutamanya... ni lah sebahagian gambo yang sempat makandak ambik masa raya last week....






<<<<> sesi beraya dengan tok abah & tok mak...


<<<<>

<<<<>



<<<<> pak lang beraya dengan pak mertua...


<<<<>




<< hensem tak anak makandak sorang ni... akim pertama kali berbaju kurung raya





<<<< mak long sibuk bersiap ke rumah mertua..

<<<<>


<<<>

<<<>





<<<<>

Friday, September 26, 2008

salam aidilfitri 1 syawal 1429H


Next week makandak bakal bercuti, ari ni hari terakhir makandak d opis sebelum menjelangnya Syawal.... untuk itu...
ampun maaf atas segala kekilapan...
terkasar bahasa, terlanjur kata...
termakan terminum harap d halalkan...
semoga mendapat keberkatan hidup dunia akhirat...
untuk mokteh.... jangan sedih2, tahun depan mudah-mudahan kita dapat raya bersama...

Wednesday, September 17, 2008

semoga seNtiasa dalam Rahmat & Redha Allah SWT

<<<<<<< Rose yang mak beri masa makandak balik last 2 week ... dah pun berbunga.. tangan mak memang sejuk







Duhai bonda....

semoga d beri kesembuhan...
kembali sihat seperti asal...
anak-anak juga cucu-cucu sentiasa merindui
mak yang ceria, perihatin....
Tiada dua, tiada tiga....
hanya kau satu-satunya....
ibu teristimewa....
kau kebanggaan.....
Kau Lagenda.....
selamat Hari Lahir... 14th. September 2008...







Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan 1429H

Duhai ilahi....
aNdai ini Ramadhan terakhir buat kami...
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti....
Paling berseri,
menerangi kegelapan hati kami
menyuluh jalan mencari redha serta kasihMu ilahi...
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti...







resmi pempuan... malu2 je c ricci





Marhaban Ya Ramadhan....
Untuk semua Mohon ampun maaf atas segala
kekilapan....











istimewa untuk mokteh di syedney....
as promised semalam...
inilah rupa terbaru anak-anak makandak








archie berposing sakan



archie buli Ricci

Monday, August 25, 2008

hOme SwEEt HomE.....



buah pulasan sebulan yang lalu....



ciku yang tidak bermusim










manggis yang mula masak ranum







kunyit yang tumbuh melata




walau dah betahun merantau, walau dah punya rumah sendiri di metropolitan ni, tak akan mungkin sama dengan suasana di kampung halaman sendiri ..... dan suatu saat pastinya makandak akan kembali menetap di kampung juga nanti.... itu impian juga harapan yang tersemat di hati....

semua ada di rumah kami di no A15, kampung parit tengah, Merlong, Rengit....


Tak perlu ke Ipoh... limau barli hanya di kaki tangga















Tak perlu berbelanja besar, bila musimnya tiba, satu kampung mampu di jamu dengan durian kebun ayahanda


betapa suburnya tanah, pokok lada tumbuh melata tanpa perlu disemai, berbuah lebat tanpa perlu di baja










apa saja resepi, asam pedas mahupun laksa, bunga kantan sentiasa ada menambah keenakan rasa....









rambutan, manggis, ciku juga pulasan menjadi santapan anak cucu juga handai dan taulan


















dan yang lebih utama.... kerinduan yang tak pernah terpadam buat ayah bonda tersayang.... Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga dunia akhirat.... Amin

Friday, August 22, 2008

August birthday joint celebration......


happy birthday untuk semua......
adik @ pok su @ mohd. husni ..... 3/8/1981
kak ngah @ ct nurizah..... 8/8/1965
ayu @ cik ayu @ ruhayu.... 9/8/1978
and here he come...... azizul fahim ....12/8/2008
semoga keimanan terus menebal di dada....
cemerlang dalam kehidupan....
sentiasa dalam rahmat & redha Allah swt

Monday, July 21, 2008

ngah... happy birthday

semoga sentiasa dalam rahmat & redha Allah swt....
Jadi anak berbakti untuk bonda & ayahanda yang kita kasihi....
suami mithali buat kak ngah...

ayah teladan buat nurul husna, mohd hanif, mohd hilmi, nurul huda, nur hanis sofe, nur hannan najihah, & nur hulwa sakinah....
Guru cemerlang buat anak-anak didik tersayang....

Wednesday, July 16, 2008

GreaT nAme fr the Cutes KiTTen ever.....SoS



seorang kawan gave this two cutes kitten kat makandak....
lahir tanggal 2nd. July 2008, baru je pandai bukak mata last week.... sampai la ni makandak tak de idea nak beri nama apa kat dua-dua kitten ni..... so kalau ada yang sudi n have brilliant idea, harap2 sudi berkongsi dengan makandak....
untuk makluman d black tu jantan & d kelabu tu betina..... si ibu Bella namanya n si ayah pulak BoBo... dr family tabby persian....insyallah lepas Raya nanti barulah makandak start menjaga kedua-duanya.







siannya nak angkat kepala pn tak larat...

Wednesday, July 2, 2008

Rebate ooh Rebate vs cincin subsidi......:))

Agaknya apa yang you all buat dengan duit Rebate minyak yang di beri kerajaan......
Rasanya dalam ramai yang menentang kenaikan harga minyak, rasa makandak tak de siapa yang memboikot dari mengambil rebate yang di beri .....

kalau tak silap mak andak setakat hari ini Pos Malaysia melaporkan lebih RM56juta rebate telah di ambil oleh pemilik kenderaan (seperti di laporkan berita ikim.fm pagi tadi).
Kiranya makandak termasuklah jugak di dalam angka statistik tersebut. Makandak baru je ambik duit rebate tu semalam, prosesnya tidak lah rumit, sekadar mengisi borang dan menyerahkan MYKAD, 10 minit duit RM625.00 telah ada di tangan, cuma nak Qnya saja yang mengambil sedikit masa, adalah dalam 30 minit menunggu giliran.
Tahu kelemahan diri yang sedikit boros, lagi pula baru mendapat 2.5 month bonus yang di beri majikan, jadi makandak tidaklah terlalu terdesak dari segi kewangan justeru makandak terfikir untuk membeli sesuatu dengan duit tersebut, sekurang-kurangnya adalah momento duit subsidi ni....
So iNilaH hasiLNya, seBenTuk ciNcin subsiDi...... harGanyA RM366.00 sElepaS diskaun :))




Monday, June 30, 2008

mAk LaNg...... haPPy bday (26/6/2008)




semoga sentiasa jd anak yg taAt buat mak & abah


isteri hebat utk Pak lang....

ibu mithali utk nana, atira, akim & adik-adik

guru cemerlang utk anak-anak murid tersayang...

dan yang paling penting terus jadi kakak mak andak yang perihatin....


seMoga senTiasa dalaM Rahmat & RedhA Allah SWT

Tuesday, June 24, 2008

bila kompang berbunyi.......







selamat bertunang utk ziera & kyrel on 22-06-2008
"moga sampai ke jinjang pelamin"






selamat pengantin baru untuk ayu & abdullah on 01-06-2008
"moga bahagia sampai ke syurga"