Thursday, May 29, 2008

my hobbies, murah yet priceless


setiap insan di jadikan Allah unik sifatnya.... punya citarasa juga hobi berbeza dan pelbagai. Murah dan mahal tidak menjadi persoalan.... as long as kita happy dan tidak menyusahkan orang lain.
Bermula dengan Mug yang mak andak beli sebelum meninggalkan UUM ni, kini semakin banyak koleksi makandak.... dan lebih hebat lagi sejak dua menjak ni makandak langsung tak mengeluarkan wang ringgit untuk menambahkan koleksi kerana semakin ramai insan-insan yang dekat di hati menghadiahkan mak andak mug setiap kali mereka travel either on business or vacation.

so kat sini makandak would like to share some of my collection yang for me is priceless!!!


glass comel dari LA ni sebenarnya di pack sekali dengan chocolate Feraro Roche, setiap kali terpandang glass ni, teringat kat kawan makandak yang hadiahkan coklat ni.... kat mana la dia agaknya



mug dari snowy mountain Australia, yang ni dari mok teh


di beli di Frankfurt international airport.. mahal katanya, tapi bila makandak tanya untuk dibayar balik harganya tidak pulak diberitahu.... so kira halal lah ya :))



yang ni pulak dari Geneva, hadiah dari pok su during his trip to PBB




dengan hobi makandak ni , silap-silap ada yang ingat mak andak banyak duit nak melancong serata dunia.....

Saturday, May 17, 2008

haPPy Birthday.... 14/5/2008




walaupun terlewat nak wish during the day itself kat this blog, makandak dah wish thru SMS..... however since dah berhajat nak wish everybody yang dekat di hati dalam blog ni.... so

just for my beloved brother Hisham bin Ab. Aziz @ Pok De

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
mudah-mudahan dengan bertambahnya umur..
bertambah juga keimanan di jiwa..
di tambahkan lagi rezeki...
Jadi anak yang taat.....
Suami hebat buat kak Zah....
Juga Ayah mithali buat Ammar, Nurin dan Arieff....


Friday, May 9, 2008

kimi in action....

humm!!!! Geram....
display iteam only, not for sale

get set..... GO!!!!!!!>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


skodeng.............



seksis!!!




so yummy!!!!





at ease...






Tuesday, May 6, 2008

bunga melur.... at last kembang juga :))

lama dah mak andak tanam pokok bunga melur ni, ada la agak nya dah hampir 2 tahun umurnya tapi tak tahu lah apa sebab dia tak beso-beso, pok su kata tangan mak andak panas sebab tu kalau tanam segala pokok semuanya tak menjadi.... Namun kuasa Tuhan, Alhamdulillah akhirnya sudi jugak bunga melur ni berbunga.... so just to share my happines.... mak andak upload untuk tatapan semua.

Balik kampung last weekend mak andak sempat ke paso lambak Rengit, sempat la jugak menambah koleksi tumbuhan-tumbuhan hijau kat rumah tu....

Friday, April 25, 2008

Selamat Pengantin Baru 27th. April 2007


Congratulations! to my beloved fren
Suhaila Abdul Hamid @ Chu'an
&

hubby
Mohd. Ghazali Maarof


******************************

wishing both of you have a wonderful life together
semoga di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah
Bahagia sampai ke Syurga...

*********************************

Appreciation


Last Tuesday 22/4, mak andak buat daily trip ke Miri, sampai sana around 10 am, masuk opis sekejap and attend Meeting with Sarawak Shell PMT di Lutong, abis meeting around 5 pm terus ke airport to catch 7 pm flight back to KL, bad weather menyebabkan flight delay ke 8.30 pm sampai KL around 11 pm and mak andak sampai rumah around 1 am.



On Wednesday 23/4 mak andak masuk opis lewat, keluar rumah around 9 am so parking di Terminal Putra dah penuh, mak andak tak ada pilihan terpaksa parking di kawasan rumah flat, pak cik yang jaga di situ kenakan bayaran RM1 utk setiap kereta yang parking di kawasan tersebut.



That day mak andak balik around 7 pm and sampai ke kawasan parking kereta around 8 pm, unfortunately tayar kereta mak andak dah tak de angin.... my first assumption is that tayar tu dah di cucuk benda tajam.


Luckily berhampiran rumah flat itu ada bengkel basikal, dan adik bengkel yang mak andak approach sudi untuk menolong untuk tukarkan tayar kereta mak andak.



Lamalah jugak prosesnya, semua kena buat secara manual, spare tayar pulak tak cukup angin, almaklum sejak kereta tu mak andak beli 7 tahun lepas, tayar tu tak pernah terusik.



Bila siap semuanya, mak andak tanya lah berapa harga service yang mak andak patut bayar, tapi adik bengkel ni tak nak terima sesen pun duit mak andak. Ikhlas katanya.



Terima kasih adik bengkel yang mak andak pun tak tahu siapa namanya, walaubagaimanapun duit yang mak andak hajat nak beri hari tu mak andak akan derma kan ke mesjid atas nama adik bengkel.


Lastly terima kasih berbanyak-banyak atas bantuan yang di beri dan mak andak doakan semoga Allah mempermudahkan segala urusan adik bengkel. Amin.

Thursday, April 10, 2008

Perfume ber alkohol & Solat


Artikel pilihan makandak .. ikutilah Pandangan Ustaz Zaharuddin Ab. Rahman di laman web beliau mengenai perfume beralkohol http://www.zaharuddin.net/

mak andak tulis semula artikel beliau, mudah-mudahan ada manafaat yang dapat di kongsi bersama.

***********************************************************************

Penggunaan perfume beralkohol di dalam solat adalah HARUS dan SAH solat yang di laksanakan. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis.

Para Ulama menyebut alkohol adalah najis berdasarkan hadis nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia di ambil dari ayat Al-Quran yang menyebut,

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja syaitan " (Al-Maidah:90)

dan dari hadis riwayat Abu Tha'laba Al-Khushani di dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim :

" Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli kitab, bolehkah kami makan dan minum di dalam bekas mereka? Nabi membalas: Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya".

Imam An-Nawawi (syarah sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkni (Naylul Awtar, 1/71) menyebut " Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kerana ia dihukum sebagai najis".

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1. Mazhab Hanafi, menurut kitab al-fiqh al-islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2.Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam bidayat al-mujtahid (2/125), Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh di gunakan kecuali untuk tujuan perubatan".

3. Mazhab Shafi'i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-Nawawi di dalam Al-Majmu' 2/569-570 (di petik dari Imam Al-Ghazali)

4. Demikian juga menurut Mazhab Hanbali (Ibn Quddama, Al-Mughni, 9/152).

Benar 70% atau lebih arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah di proses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Adapun, alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan "Absolute ethanol" iaitu sejenis alkohol dengan sedikit air dan campuran lain .Maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi di gelar arak, barang siapa yang meminumnya pula, ia mungkin membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera, dan bukannya mabuk.

Kesimpulanya, menggunakan perfume beralkohol adalah di kira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang di beri oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr. Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Prof Dr. Syeikh Hassan Abbas melalui kuliahnya.


Ustaz Zaharuddin

6th. Feb 2007/ 18 Muharam 1428H