Monday, June 1, 2009

Bila kompang berbunyi part II

Semalam adik bongsu makandak selamat melangsungkan pertunangannya, masa begitu cepat berlalu, adik yang sentiasa kecik di mata kami rupanya sudah cukup umur untuk bergelar suami. Untuk kedua-duanya makandak ucapkan ... Congratulations!!!
Untuk majlis kali ini, buat kali pertama abah mengamanahkan kami adik-beradik mengendalikan majlis... tiada lagi pak cik atau mak cik sebagai wakil pihak lelaki seperti lazimnya.
Abang Long bertindak sebagai ketua rombongan dan kami adik beradik sahaja yang mengantar. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti di harapkan dan Insyallah the big day will be on November nanti.






hantaran dr pihak perempuan (9 dulang semuanya)
cantik-cantik gubahanya


Kat bawah ni semua adalah hasil keras tangan makandak... buat adik tersayang






fruits








The sirih junjung (mak lang+ mak andak +ayu)








chocolate







cincin + RMxx.00

story behind : ikut adat org Johor, setiap RM10.00 yang di beri sewaktu majlis pertunangan melambangkan RM1,000.00 nilai hantaran




7 dulang hantaran yang d beri dari kami
-cincin pertunangan
-persalinan pernikahan
-persalinan untuk majlis sambut menantu
-telekung
-coklat
-buah-buahan

Semalam juga Majlis pernikahan executive makandak Nor salizawati & Muhamad Fahmi berlangsung di Ampang. Ralat rasanya tak mampu hadir, untuk pengantin makandak doakan moga berbahagia dunia akhirat, di rahmati dengan kehadiran anak-anak yang comel2, juga rezeki melimpah.